PERSEKUTUAN TAEKWON-DO GLOBAL MALAYSIA (GTF)

Persatuan Taekwon-Do Daerah Kulim Gtf adalah ahli gabungan persekutuan Taekwon-Do Global Malaysia (GTF) atau MGTF yang berfungsi sebagai pemantau aktiviti-aktiviti Taekwon-Do peringkat kebangsaan. Mgtf merupakan badan kebangsaan yang diberi tanggungjawab mengawal kelayakan jurulatih-jurulatih dan pemegang-pemegang talipinggang hitam di Malaysia. MTGF melantik seorang Ketua Jurulatih setiap negeri bagi tujuan menjaga kepentingan dan kewibawaan pelatih.

Tahun 1994 membuktikan bahawa MGTF mampu mengendalikan kejohanan yang bertaraf antarabangsa dan dikatakan kejohanan yang paling cemerlang dan lancar dalam sejarah taekwon-do dunia. Kejohanan Taekwon-Do Sedunia kali ke-11 (sewaktu MGTF masih dengan nama MITF) yang berlangsung di Kuala Terengganu menaikkan nama Malaysia antara lima pasukan terbaik dalam pencapaian keseluruhan.

Presiden MGTF ialah Grandmaster Dato’ D. Sabree Salleh, yang juga Ketua Jurulatih Negara merupakan anak Melayu pertama diiktiraf sebagai Mahaguru Taekwon-Do di peringkat dunia. Beliau kini memegang tailipinggang hitam Darjah Ke-9.

Atas galakan dan dorongan beliau, anak Melayu muncul beraksi di persada antarabangsa.

Halaman utama | Sejarah | Objective | GTF | Federal Exco | Profil | Organisasi | Gelery | Hubungi kami
Guestbook